Doa Ringkas Semasa Solat Tarawih

Assalamualaikum semua,

Berikut adalah doa yang sering dibaca oleh Imam sewaktu solat Tarawih. Dibaca setiap rakaat ke-empat, ke-lapan dan seterusnya.

Sebaiknya dimulakan dengan Bismillah, Pujian kepadaNya (Alhamdulillahirabbi alamin) dan diakhiri dengan Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Walaubagaimanapun, doa ini tidaklah khusus untuk Tarawih sahaja. Ia juga boleh di amalkan pada bila-bila masa sahaja 🙂

Semoga manafaat untuk anda semua inshaAllah.

اللهم إنا نسئلك رضاك والجنة
ونعوذبك من سخطك والنار

(Ya Allah, kami memohon dari-Mu keredhaan-Mu dan Syurga
dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan
api neraka)

اللهم إنك عفو كريم
تحب العفو فاعف عنا

(Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia, Engkau suka memberi ampun, maka ampunilah kami)

وعن والدينا وعن جميع المؤمنين والمؤمنات
والمسلمين والمسلمات برحمتك يآ أرحم الراحمين

(dan ibubapaku, dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan,
orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dengan kasih-sayang-Mu hai Yang Teramat Penyayang daripada sekalian orang-orang yang penyayang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *