9 Jenis Pembaziran

https://i0.wp.com/c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/17_27.png?w=625

Maksudnya : ” Sesungguhnya orang-orang yang boros (membazir) itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. ” (Surah Al-Isra’ : 27)

Keterangan :

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :

  1. Ilmu pengetahuan : iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Amalan : iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.
  3. Kekayaan : iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.
  4. Hati : iaitu membazir jika kosong dari kasih kepada Allah SWT.
  5. Tubuh badan : iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
  6. Cinta : iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Masa : iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Akal : iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Islam.
  9. Zikir : iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah