Zuhayra Qistina ~ the story

Pukul 6.55PM pada 29 Januari 2011, genaplah umur Zuhayra Qistina kepada setahun. Cepat betul masa berlalu. Daripada lahir kecik je dulu, sekarang ni dia dah berlari² dah.

Selamat Hari Lahir anakku Zuhayra Qistina ~
moga menjadi insan yang cerdik & solehah. Daripada Ayah & Ibu

Sempena ulang tahun yang pertama ni, aku ceritakan detik-detik Zuhayra dilahirkan setahun lalu.

28/1/2010 – 9AM

Aku amik leave hari ni sebab ikutkan due date wife aku bersalin harini. So, pagi tu kami pegi ke klinik kesihatan Putrajaya for antenatal checkup. Aku saje la usik wife aku tah2 bersalin jugak harini.. hehe.

28/1/2010 – 11AM

Everything went as usual.. ujian makmal, jumpe misi.. bla bla bla.. cuma kali ni kene jumpe doktor. Elok lepas wife aku jumpe doktor, they say wife aku kene refer pegi hospital bersalin hari ni jugak sbb katanya air ketuban dah kurang (scale 3. If normal 8 ). Wife aku dah start nervous dengan berita tu. Before kitorang pegi ke sane, aku bawak wife aku makan dulu pepehal (yelaa, kot kene bersalin jugak hari ni kene la ade tenaga kan?).

28/1/2010 – 2PM

Agak2 dlm pukul 2 aku sampai kat hospital serdang. Memang plan pun nak bersalin kat sini. Aku drive terus ke kecemasan bersalin. Elok lepas kami ke kaunter, kerani bertugas dok tanye kenape tak pegi hospital putrajaya (sbb referral letter dari putrajaya) padahal address kitorang kat seri kembangan.. so mmg within their area la.. banyak soal plak. So wife aku pun masuk la untuk further checkup. Cuma this time hubby takleh masuk skali.

28/1/2010 – 4PM

Lame betul menunggu.. mujur la dah makan tadi. Pah dengan makcah datang meneman aku.. huhu.  Dah la dengan handphone wife aku tak bawak skali. Jadi mmg aku bebetul tak tahu ape cerite nye kat dalam tu. About few minutes later wife aku keluar.. katanya air ketuban takde la kurang sampai scale 3. Keputusan checkup kat sini air ketuban dia at scale 5. Eh, camne leh lain2 plak resultnye.

28/1/2010 – 5.35PM

Apepun dorang cakap mmg kene deliver harini jugak. Tapi… wad dorang pulak penuh. So kami kene refer to hospital kajang.
Sudahnye, merasa la wife aku naik ambulan.. aku follow kat belakang. Punye la laju mamat tu pecut.. tak sampai 10min dah sampai hospital kajang. 1st impression aku kat situ agak scary sebab tempat tu lama, so old building la. Wife aku masuk bilik checkup.

28/1/2010 – 7.00PM

Berjam² aku tunggu. Mak ayah aku pun dah datang menanye kan camne keadaan wife aku. Setakat ni belum lagi checkup nye. Ape yang aku dapat dengar dari luar hanyalah bunyi degupan jantung bayi yang keluar daripada scanner kat hospital tu.

Akhirnya giliran Wife aku checkup, syukur sebab all seems to be OK. Takde issue pasal air ketuban kurang ke ape. Jelas sangat lain hospital, lain bacaan dia. Ape pun, aku pasti yang ini betul sebabnya doktor² kat sini otai belaka. Nak tau macamana? sebab ramai intern kat sini. Wife aku akhirnya dibenarkan pulang sebab memang takde tanda pun lagi.

28/1/2010 – 8.00PM

Ada hikmah Wife aku dibenarkan pulang ke rumah. Setidaknya boleh la dia nak mandi² dulu, bersih²kan badan. Yela lepas macam² insiden harini paling tidak pekene shower ade la fresh sket rasa.

Elok lepas bersiap, suddenly Wife aku rasa basah. Memang sah! air ketuban pecah. Segera aku bersiap semula untuk ke Hospital Kajang.

Setibanya kami di sana, terus di arahkan tinggal di wad untuk malam ini. Aku cuba tenangkan dia.. baca selawat banyak². Setibanya aku di pintu wad, aku berikan dia kucupan didahi sebagai tanda semangat sebelum meminta diri.

29/1/2010 – 9AM

Aku terima sms dari Wife mengatakan dia diberi induce and dah mula rasa contraction. Aku ke Hospital tengahari tu utk menemaninya. Kesian aku tengok Wife aku waktu tu kesakitan. Jari aku habis digenggam kuat setiap kali dia sakit contraction.

29/1/2010 – 3PM

Doktor memaklumkan pintu rahim baru bukak beberapa cm. Aku hanya mampu doakan Wife aku waktu tu selain daripada terus memberikan dorongan kepadanya. Setelah tamat waktu melawat, aku ke surau sementara menantikan waktu melawat yang seterusnya.

29/1/2010 – 5PM

Contraction makin kuat, pintu rahim dah terbuka agak besar. Berapa cm je lagi tinggal baru kira safe untuk deliver baby. Aku tak senang duduk waktu tu sebab tak dibenarkan berada di sisi Wife. Apepun mungkin atas sebab ruang labor room tak seluas hospital lain, jadi aku pasrah jela. Segera aku menghantar sms kepada kedua orang tua aku serta mertua.

Tah berapa kali aku tanyakan kat kaunter keadaan Wife.. soalan seperti “Dah bukak berapa cm?” atau “Macamana keadaan setakat ni?” dok keluar dari mulut aku. Nurse kat situ sabar je melayan karenah aku.

29/1/2010 – 6.50PM

Kali ni, jawapan yang aku terima menggembirakan aku. “Wife encik dah ready to deliver.. pintu rahim dah bukak sepenuhnya. “Alhamdulillahhhh..!! jerit aku kat situ jugak. Pun begitu, aku masih doakan agar semua nya selamat. Tak lama tu, tepat 6.55PM Wife aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3kg. Maka kami namakan anak sulung kami ZUHAYRA QISTINA.

29/1/2010 – 8.00PM

Lama jugak aku menunggu Wife aku keluar dari labor hall. Syahdunya aku bila lihat Wife aku keluar sambil mendukung Zuhayra lalu mengazankan di telinganya. Sempat lagi aku amik gambar buat tatapan sebelum Wife aku dibawa ke wad untuk berehat.