Ramadhan Airlines

Assalamu’alaikum wbt,

Selamat datang ke penerbangan RAMADHAN AIRLINES dengan destinasi AIDILFITRI, nombor Penerbangan ini ialah 1431H.

Kita akan menempuh penerbangan sejauh 30 hari, sila tegakkan kerusi IMAN, serta sandarkan TAQWA, pasang tali keledar ZIKIR, TAHAJJUD & SEDEKAH JARIAH.

Sila pastikan anda tidak merokok atau memasang sebarang dosa elektronik sepanjang penerbangan.

Pilot anda ialah AL QURAN & Co pilot pula AL HADIS.

Anda akan dilayani pramugari bertugas, RAHMAH, MAGHFIRAH & NAJAH sepanjang perjalanan ini.

Semoga anda menikmati penerbangan bersama kami…dan Selamat tiba ke DESTINASI dengan Taufiq daripada Allah.

Terima kasih..

Kullu ‘am wa antum bi khair… Mohon maaf zahir batin.