Eid Mubarak 1438H

Maksudnya : ” Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur. ”

(Surah Al-Baqarah : ayat 185)

Sunat-sunat & Adab-adab di Hari Raya

  1. Disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya).
  2. Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Eidul Fitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil).
  3. Memakai pakaian yang paling bagus.
  4. Bertakbir (bermula selepas masuknya waktu Maghrib malam raya sehingga imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Eidul Fitri).
  5. Disunatkan berjalan ke masjid dan melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan ketika pulang.
  6. Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar.
  7. Mengucapkan tahniah sempena Hari Raya sepertimana amalan para sahabat Nabi SAW, dengan ucapan:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“taqabbalallahu minna wa minkum”
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

May Allah accept our deeds, forgive our transgressions and ease the sufferings of all around the globe.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Maaf Zahir & Batin

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ