Sabar itu Indah

aliimran200Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan tetaplah bersiap siaga (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ” (Surah Ali ‘Imran : ayat 200)

Keterangan :

  1. Jika diperhalusi ayat di atas, syarat untuk kita berjaya di dunia mahupun di akhirat, dalam konteks organisasi ataupun individu, antaranya adalah dengan jalan taqwa dan bersabar. Al-Imam Abdullah bin al-Mubarak menyebutkan suatu madah yang indah tentang bersabar :

    ” مَنْ صَبَرَ فَمَا أَقَلَّ مَا يَصْبِرُ، وَمَنْ جَزَعَ فَمَا أَقَلَّ مَا يَتَمَتَّعُ “

“Sesiapa yang BERSABAR, maka alangkah sedikitnya perkara yang perlu dia sabar. Sedang sesiapa yang TIDAK SABAR, maka alangkah sedikit perkara yang dia nikmati”

  1. Dalam hidup ini, hanya sekejap sahaja waktu yang perlu kita sabar, iaitu pada 2 perkara. Sabar daripada melakukan maksiat, sabar dalam melakukan ibadat. Namun, kesenangannya berpanjangan di akhirat.
  1. Tetapi, andai kita tidak mampu bersabar, keseronokan melakukan maksiat hanyalah sekejap sahaja yang kita nikmati di dunia, sebaliknya azab Allah itu cukup lama untuk ditanggung disana. Oleh itu, hindarilah segala perkara dan aktiviti yang menjurus ke arah kemaksiatan kepada Allah, kerana itulah halangan terbesar untuk kita berjaya. Sama-sama kita renungkan.

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).
Hanya Allah yang memberi taufik.