Jihad paling Besar

yusuf.ayt53

Maksudnya : ” Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”

(Surah Yusuf : ayat 53)
Keterangan :

1. Keinginan nafsu tidak pernah ada batasannya. Barangsiapa yang memenuhi setiap keinginan nafsunya secara melampau mengikut cara yang salah, maka ia akan terjerumus ke dalam jurang kehancuran.

2. Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai nafsu. Namun Allah juga mengurniakan akal untuk kita berfikir dan mengawal nafsu mengikut kadarnya pada jalan yang halal. Tidak seperti haiwan yang hanya mempunyai nafsu dan tiada berakal. Amat malanglah bagi manusia yang gagal menggunakan akal untuk menundukkan nafsu, kerana tanpa akal, tarafnya boleh jadi seperti haiwan, bahkan lebih sesat daripada itu.

3. Ketikamana kita berazam memperbaiki diri, maka kuatkanlah iman untuk sentiasa mengingati Allah, kerana itulah tali pengikat nafsu kita. Jangan pernah tewas dengan apa yang diinginkan oleh nafsu, kerana jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.

4. Berwaspadalah kita semua daripada terus memburu nafsu. Orang yang mengikut nafsu, adalah orang yang paling jauh sekali merasa dekat dengan Allah. Renung-renungkanlah.

Wallahu a`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.